KPDN Pulau Pinang menyerbu lima premis perniagaan yang disyaki menjual telefon pintar tiruan jenama Oppo.

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas sebanyak 32 buah telefon pintar  jenama Oppo dan 57 unit aksesorinya yang disyaki tiruan dalam lima serbuan di sini, semalam.

Operasi jam 11 pagi itu melibatkan lima pasukan pegawai penguatkuasa Pulau Pinang terdiri daripada 15 anggota bersama empat wakil pengadu Global Trade Shield Sdn. Bhd.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan dairpada pemilik cap dagangan berdaftar barangan jenama Oppo.

“Hasil semakan ke atas barangan yang dirampas mendapati ia mengguna pakai cap dagang berdaftar secara salah.

Serbuan dilakukan hasil risikan serta aduan pemilik asal cap dagang.

“Kesemua barangan itu bersama beberapa dokumen lain disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM15,523.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Jegan memberi peringatan serta amaran kepada semua pihak supaya tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast