Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuskan takziah kepada Iran susulan kejadian letupan di Wilayah Kerman, semalam yang mengorbankan hampir 100 nyawa dan mencederakan lebih 200 orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengutuk, mengecam dan membantah sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa.

“Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti. Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Anwar berkata, sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu.

Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat, ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast