Video yang dimuat naik oleh @pengadilbola di aplikasi X

KUALA LUMPUR – Perlawanan bola sepak komuniti di negara ini kembali mencuri perhatian apabila tular di media sosial memaparkan pergaduhan antara pemain bola sepak dipercayai berlaku di sebuah padang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pengadilbola di aplikasi X, pergaduhan yang melibatkan lebih 30 individu itu difahamkan berlaku dalam kalangan pemain liga bawah umur.

Menerusi video berkenaan kelihatan juga beberapa individu difahamkan ibu bapa kepada pemain-pemain terbabit yang bertindak untuk menghentikan pergaduhan itu.

Kebanyakan netizen mengecam tindakan-tindakan individu tersebut yang bergaduh sesama mereka sehingga mencemarkan sukan bola sepak.

Sebelum ini, insiden ganas mewarnai saingan liga komuniti yang mana kali ini salah seorang bapa yang hadir untuk menyaksikan perlawanan menendang pemain yang didakwa mengasari anaknya.

Liga yang dikenali Liga Komuniti Isma B-16 tahun di Shah Alam itu dicemari dengan insiden pergaduhan yang membabitkan pemain dan seorang bapa pemain pasukan lawan yang bertindak ganas.

Sebelum ini, sebuah liga bertaraf Liga M5 di Putrajaya dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain dan pegawai dua pasukan yang sedang bertemu.

Rakaman video memeparkan pengadil perlawanan dan beberapa anggota keselamatan cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Kejadian lain melibatkan liga yang menjadi tempat pembangunan pemain muda iaitu Liga Suparimau yang merupakan liga rasmi kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dicemari dengan insiden tidak diingini itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast