Salah sebuah rumah di Felda Chini Timur yang ditenggelami air selepas hujan lebat sejak petang semalam. Gambar : Media Sosial

KUANTAN – Seramai 63 orang daripada 15 keluarga terpaksa ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara Banjir (PPS) di Chini, Pekan pada jam 9 malam tadi.

Polis Daerah Pekan memberitahu, hujan lebat berterusan sejak petang semalam mengakibatkan limpahan air Sungai Pahang dan beberapa kawasan di Felda ditenggelami air.

“Seramai 46 mangsa daripada 12 Keluarga ditempatkan di PPS  Dewan Felda Chini Timur 3 manakala di PPS ke dua di Dewan Semai Bakti Chini 1 pula terdapat 17 mangsa daripada tiga Keluarga,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Penyediaan Pusat Pemindahan Sementara Banjir (PPS) di Chini yang dinaiki air sejak malam tadi.
Gambar : Fabecook Polis Pekan

Sementara itu, Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk (lebat) sehingga hari ini di Pekan dan Rompin manakala amaran hujan berterusan tahap waspada bagi kawasan Kuantan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin menasihati orang ramai supaya patuh pada arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast