Timo Werner. Foto Sky Sports.

LONDON – Penyerang RB Leipzig, Timo Werner dilaporkan bersetuju menyertai Tottenham Hotspur secara pinjaman pada jendela perpindahan bulan ini.

Spurs dikatakan mencapai persetujuan dengan RB Leipzig untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun itu hingga musim panas tahun ini.

Ia melibatkan terma perpindahan secara tetap merangkumi yuran sekitar €15 hingga 20 juta di mana ujian perubatan akan dilaksanakan secepat mungkin dan Spurs akan membiayai keseluruhan gaji pemain terbabit.

Sementara itu, jurulatih RB Leipzig, Marco Rose mengesahkan Wener mahu berpindah secara pinjaman untuk mendapatkan minit permainan bagi menyertai skuad Jerman pada Kejohanan Eropah.

Dia kembali ke Leipzig pada tahun 2022 selepas penampilan dua tahun di Chelsea yang mana dia membantu mereka memenangi Liga Juara-Juara namun bergelut untuk mengekalkan dirinya sebagai penjaring gol konsisten di sana.

Werner jarang diturunkan dalam Bundesliga di mana hanya lapan perlawanan musim ini dan mungkin tidak melayakkannya dipertimbang oleh jurulatih pasukan kebangsaan Julian Nagelsmann bagi skuad Euro 2024.

Werner boleh memenuhi kekosongan Spurs di bahagian serangan dengan penjaring gol terbanyak kelab Son Heung Min beraksi bersama Korea Selatan pada Piala Asia di Qatar.

Spurs kini di tangga kelima liga dengan 39 mata iaitu enam mata di belakang pendahulu Liverpool. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast