Zahid Hamidi mendengar taklimat banjir Kota Tinggi dan meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Jaya hari ini.

KOTA TINGGI – ‘Langkah Dubai’ tidak akan mendatangkan hasil berikutan kerajaan yang dipimpin Perdana  Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan 150 Ahli Parlimen ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun difahamkan terdapat dakwaan langkah Dubai sudah mempunyai akaun bersumpah (SD) mencukupi namun hakikatnya Akta Lompat Parti yang sudah berkuat kuasa tidak memungkinkan ia berlaku.

“Akta lompat parti telah berkuat kuasa dan walaupun ada ketua pemuda sebuah parti politik menyatakan bahawa dokumen sokongan oleh lima Ahli Parlimen kepada PMX boleh dijadikan asas untuk menyokong seseorang menjadi Perdana Menteri baharu saya berpandangan itu tidak akan berlaku.

“Rakyat telah muak dan belajar daripada satu pengalaman satu penggal tiga Perdana Menteri. Ini kita mahu mengisi soal bagaimana untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat untuk menarik pelabur asing bagi melakjkan pertumbuhan ekonomi yang baik

“Kita tahu ada berlaku perubahan sangat positif dari pelabur luar dan saya mahu yang konon taat setia kepada negara mesti mendokong apa dilakukan Perdana Menteri” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas diberi taklimat banjir Kota Tinggi dan meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Jaya, di sini, hari ini.

Sebelum ini Zahid berkata, SD yang didakwa dikumpul PN untuk menumbangkan kerajaan tidak boleh diterima dan tidak sah. -MalaysiaGazette