MELAKA – Seorang wanita didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini melacurkan diri minggu lalu.
Tertuduh, Zami Nor Aida Che Ya, 24, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Khairunnisak Hasni.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didapati telah mencari langganan bagi maksud persundalan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Jalan Tun Sri Lanang dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 7.40 malam, 5 Januari lalu
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
Tertuduh yang merupakan bekas kerani diwakili peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. – MalaysiaGazette
Kenapa dia sampai melacurrkan diri..ibu bapa saudara mara masih ada kah?sebenarnya saya sangat muskil dengan tindakan wanita ini,ada kah secara suka rela ?atau pun terpaksa?atau pun dipaksa untuk melacurrkan diri..