logo banjir
Gambar hiasan

KUANTAN – Seramai 1,501 mangsa banjir daripada 428 keluarga ditempatkan di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Rompin, Pekan dan Maran, Pahang setakat ini.

Menurut laporan inforafik oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) telah membuat penghantaran kit makanan kepada 21 keluarga isi rumah (KIR) melibatkan 82 orang penduduk terjejas banjir di PPD SK Sarang Tiong.

”Selain itu penghantaran kit makanan kepada 30 KIR yang melibatkan 108 orang penduduk terjejas banjir di PPS Dewan Orang Ramai Bukit Ibam,” katanya.

Satu PPS di Rompin ditutup pada tengah hari tadi. – MalaysiaGazette