21 lelaki Bangladesh yang diselamatkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan 21 lelaki Banagladesh yang menjadi mangsa eksploitasi pekerjaan di sebuah rumah kedai Klang, kelmarin.

Operasi yang bermula sekitar jam 3.30 petang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan Operasi Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi menyelamat 21 warga Bangladesh berusia 20 hingga 40 tahun itu di premis yang dihadikan tempat tinggal mereka hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan

Katanya, pasukan operasi menggunakan pendekatan siasatan awal bagi pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

“Kesemua mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh majikan yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara. Mereka juga diabaikan tanpa sebarang pekerjaan selama lebih kurang enam bulan.

“Ada di antara mereka yang telah dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah dan bekerja, namun tidak diberikan upah (gaji) oleh majikan. Pasport mereka turut dipegang dan disimpan oleh majikan tanpa kerelaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ruslin berkata, syarikat serta majikan yang terlibat telah dikenalpasti dan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) sudah dijalankan.

Tegasnya, JIM sentiasa memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat dan majikan yang terlibat dalam amalan pekerja terabai yang boleh menjurus kepada elemen eksploitasi, buruh paksa dan pemerdagangan orang dalam
kalangan pekerja dan warga asing di Malaysia.

“JIM akan meneruskan operasi penguatkuasaan dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

Sabit kesalahan, mana-mana individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga puluh tahun atau pemenjaraan seumur hidup dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat bagi kesalahan pemerdagangan orang yang lebih berat.

Malahan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ATIPSOM yang disabitkan kepada majikan, pekerja atau ejen boleh dihukum dengan penalti yang lebih berat sebagaimana diperuntukkan oleh Akta ATIPSOM.

Orang awam dinasihatkan untuk terus menyalurkan maklumat kepada Jabatan Imigresen Malaysia atau menghubungi talian 03-8000 8000, sekiranya terdapat pekerja warga asing yang dieksploitasi oleh ejen pekerjaan atau majikan agar tindakan undang-undang boleh
diambil dalam usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast