Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta tidak menyebarkan maklumat palsu sehingga menggugatkan sensitiviti kaum, agama dan budaya susulan insiden kebakaran kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang meminta masyarakat tidak terpengaruh dengan peristiwa tersebut, sebaliknya fokus untuk mengukuhkan keamanan dan keharmonian.

“Sementara menunggu siasatan lanjut dan tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil, saya menyeru semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menggugat sensitiviti masyarakat berbilang bangsa, terutama yang berkaitan dengan aspek kaum, agama serta budaya.

“Usaha mengukuhkan dan menyatupadukan rakyat Malaysia sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan Perpaduan. Saya percaya bahawa solidariti dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia akan menjadi benteng utama menangani ancaman terhadap perpaduan dan keharmonian negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau mengutuk perbuatan tersebut yang jelas melanggar undang-undang dan mengancam kenteraman rakyat berbilang kaum.

“Kejadian ini adalah satu penghinaan terhadap semangat perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina bersama sejak kemerdekaan,” katanya.

Mengulas lanjut Aaron berkata, kemananan negara dan perpaduan rakyat merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua rakyat.

Sebagai rekod, polis mengesahkan mengesahkan penemuan botol disyaki mengandungi ‘molotov cocktail’ dipercayai punca kebakaran tiga kereta milik Ngeh di kediamannya di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar awal pagi tadi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Habis yang si Ngeh keluar statement 3R tu, tak salah? Apsal tak angkut kat rumah dia pukul 3 pagi mcm menteri melayu sorang tu? Sebab hampa tak amik tindakan la, rakyat ambil tindakan sendiri.

  2. Kalau orang melayu buat apa pun, kena tegur konon boleh pecahbelahkan perpaduan. Kalau bukan melayu, kacau urusan agama pun tak apa. Tak salah. Tak gugat apa apa. Undang2 negara ni utk kawal org melayu sahaja mehhhhhhhhh????

Comments are closed.