Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) berhampiran Masjid Kampung Kelebang Kerdau, Temerloh pagi tadi. Gambar : Bomba Pahang

PEKAN – Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) berhampiran Masjid Kampung Kelebang Kerdau, Temerloh pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Mazlan Hassan, kejadian berlaku pada jam 9.55 pagi ketika mangsa dikenali sebagai Hamidah Ismail, 61 yang memandu SUV jenis Perodua Kembara dalam perjalanan dari arah Jerantut menghala ke Temerloh.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, SUV Perodua Kembara itu  telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan,” kata Mazlan dalam kenyataan hari ini.

Pertembungan itu mengakibatkan Pengurus Koperasi Felcra Jaya Putera Jerantut itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu SUV kedua mengalami kecederaan ringan di kaki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai lima anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan seorang wanita dewasa iaitu pemandu Kembara yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast