Anwar hadir Majlis Ramah Mesra Bersama kakitangan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, hari ini.

ISKANDAR PUTERI –  Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menjatuhkan kerajaan sebaliknya hanya memainkan propaganda untuk menipu penyokong mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu kerana setelah setahun pentadbiran Kerajaan Madani, masih tiada sebarang undi tidak percaya dibawa mana-mana pihak ke Parlimen.

Sehubungan itu, katanya, usaha seperti wujudnya akuan bersumpah (SD) atau Langkah Dubai hanyalah ‘politik cemas’ dimainkan sebelah pihak.

“Sudah lama kita  bawa dan tunggu (undi tidak percaya ) dia (pembangkang) yang tak jadi sudah setahun dan hari-hari kita tunggu.

“Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa (usul undi tidak percaya di Parlimen). Itu tidak lain hanyalah propaganda untuk menipu penyokong-penyokong dia supaya jangan hilang semangat.

“Saya berbeza pendapat, tak mampu hilang semangat. Kalau tak boleh cuba bawa perubahan, dia harus bekerja untuk rakyat kerana akhirnya rakyat yang akan pilih,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Anwar yang juga Presiden PKR memberitahu, pihaknya telah menasihatkan kepimpinan kerajaan untuk terus fokus kepada usaha membangunkan negara dan bukan bermain politik.

“Saya nasihat Jemaah Menteri dan pimpinan kerajaan umumnya agar tumpu dan fokus untuk bangunkan negara. Tahun 2024, matlamat kita adalah pembangunan dan keutuhan ekonomi negara,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MP pembangkang tiada kekuatan jatuhkan kerajaan sekarang mungkin juga ilusi tapi MP PN tidak mustahil menjadikan PRU16 lebih segera… andaikata formula itu terjadi pastinya MALAYSIA akan berkira-kira budget dan keputusanya tidak memihak membuat PRK setiap bulan… kan kan kan. Ini juga adalah ilusi tetapi SPR akan pasti mencadangkan SESUATU FORMULA yang mudah dan terbaik dilaksanakan.

Comments are closed.