KUALA LUMPUR – Penduduk sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3, dekat Subang Jaya gempar apabila bunyi letupan kedengaran dipercayai kejadian tembakan, di sini, hari ini.

Pada masa sama satu klip video berdurasi 39 saat yang tular memaparkan beberapa lelaki menjerit lalu kedengaran bunyi dipercayai tembakan dilepaskan.

Video berkenaan tular selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook yang dipercayai dirakam dari tingkat atas di sebuah premis berhampiran.

Difahamkan, ketika ini pihak polis menutup sebahagian jalan berkenaan.

Bagaimanapun maklumat lanjut berkenaan kejadian itu dan identiti individu yang terlibat akan didedahkan menerusi satu kenyataan rasmi polis Selangor dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette