TEHRAN – Dua anggota tentera laut Amerika Syarikat (AS) hilang di perairan Somalia ketika ketegangan tercetus antara angkatan tentera laut negara itu dengan Yemen di Laut Merah.

Menurut kenyataan Pemerintah Pusat AS (CENTCOM), kehilangan dua tentera laut itu pada Jumaat lalu berlaku ketika mereka melakukan operasi di pesisir Somalia dan operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan.

Katanya, atas faktor keselamatan operasi, CENTCOM tidak akan mendedahkan maklumat tambahan sehingga operasi tersebut selesai.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas AS dan Britain melancarkan serangan udara ke atas Yemen yang didakwa menyebabkan kehilangan nyawa berikutan serangan Yemen terhadap kapal yang mempunyai hubungan dengan Israeil di Laut Merah. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast