KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya yang akan menentang Jordan dalam perlawanan pertama Piala Asia awal pagi nanti.

Katanya, skuad Harimau Malaya memulakan misi penting membawa nama negara dalam perlawanan pertama itu.

“Seluruh rakyat Malaysia mendoakan kalian bertempur dengan penuh semangat. Selamat berjuang!,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perlawanan itu dijangka bermula jam 1.30 pagi esok, waktu Malaysia.

Skuad kendalian Kim Pan Gon akan turun menentang Jordan di Stadium Al Janoub bagi saingan Kumpulan E.

Perlawanan itu juga merupakan penampilan semula skuad bola sepak negara pada kejohonan Asia itu selepas tahun 2007. – MalaysiaGazette