Keadaan kren yang hilang kawalan lalu menghempap sebuah kereta di Jalan Besar Salak Selatan, Cheras.

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta yang di parkir di tepi jalan remuk selepas dihempap kren yang hilang kawalan dalam kejadian di Jalan Besar Salak Selatan, Cheras, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt. Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita.

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pukul 10.40 malam pada hari berkenaan di mana sebuah kren hilang kawalan ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu tanglung.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Kes telah diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA),” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast