GEORGE TOWN – Pasangan kekasih terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang malam tadi selepas bertengkar.
Balai Bomba dan Penyelamat Perai dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari pusat bandar pada jam 7.49 malam.
“Akibat daripada pertengkaran itu, kedua-duanya terjatuh ke dalam laut.
“Namun, nasib mereka baik apabila seorang lelaki di lokasi kejadian telah terjun untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.
Difahamkan kedua-dua mereka berada di dalam sebuah kereta Honda sebelum kejadian.
Kedua-duanya yang berusia 30-an itu selamat dan dibawa naik menggunakan bot nelayan yang berada tidak jauh dari tempat mereka jatuh.
Pasangan itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette