TEHRAN – Tentera Yemen melancarkan peluru berpandu ke arah kepal pemusnah Amerika Syarikat (AS), USS Laboon yang berada di selatan Laut Merah, Ahad lalu.
Menurut Pemerintah Pusat AS (CENTCOM), bagaimanapun peluru berpandu itu ditembak jatuh di kawasan pantai Hudayyah oleh pesawat pejuang AS.
Tambahnya, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
“Pada 14 Januari kira-kira jam 4.45 petang (waktu Sanaa) sebuah peluru berpandu anti-pelayaran kapal ditembak dari kawasan Houthi di Yemen terhadap USS Laboon yang beroperasi di selatan Laut Merah,” katanya menerusi kenyataan.
Pada awal pagi Jumaat lalu, tentera AS dan United Kingdon (UK) melancarkan serangan udara ke atas empat wilayah Yemen, termasuk ibu negara, Sanaa, Al Hudaydah, Taizz and Sadah. – Agensi