KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM3.47 RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Januari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu melepasi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Katanya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Malaysiagazette