Aksi calon Perikatan Nasional (PN) N.22 Gurun, Baddrol Bakhtiar bermain bola dalam perlawanan persahabatan Pilihan MB menentang Kedah Chinese FA sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 04 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar menafikan mengeluarkan kenyataan di sebuah laman Facebook bahawa beliau mempunyai taktikal rahsia untuk Harimau Malaya menang Piala Asia.

Justeru, bekas pemain kebangsaan berusia 36 tahun itu mahu kenyataan di laman dikenali Harakatdaily HD ditarik dengan segera.

Tegas beliau, tindakan undang-undang akan diambil terhadap kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan seperti mana didakwa dan ditularkan dalam laman ini.

“Sila padam kenyataan tersebut segera jika tidak tindakan undang-undang akan menyusul atas fitnah ini,” katanya melalui Facebook rasminya.

Baddrol yang juga bekas pemain Kedah dan Sabah turut menasihati semua pihak agar menyiasat terlebih dahulu sebelum mudah mempercayai apa-apa berita atau maklumat yang tersebar.

Dakwanya, pasukan kebangsaan perlu menang dahulu sebelum rahsia tersebut boleh didedahkah.

Dalam status lain di laman Facebook sama turut memuatkan dakwaan Baddrol kecewa dengan persembahan Harimau Malaya pada pagi Selasa.

Bekas pemain itu didakwa berkata, kalau yang main semua Melayu Islam, boleh menang. – MalaysiaGazette