Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa lokaliti di Pahang, Johor dan Sarawak hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada itu turut dikeluarkan bagi Sarawak yang melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast