MELAKA – Pernah bergelar selebriti dan mempunyai peminat, namun semua itu dilupakan selepas memilih untuk menjaga stor mesin rumput dan mengutip sampah sebagai kerjaya yang menjamin masa depan.
Itu pengorbanan dilakukan bekas pemain gitar kedua kumpulan rock Olan yang terkenal sekitar 1990-an, Azul, atau nama sebenarnya, Zulkifli Abdul Hamid, 57.
Menurutnya, dia menerima takdir itu dengan hati yang terbuka malah, mengakui lebih gembira dengan kerjayanya kini yang sudah sebati dalam hidupnya sejak 19 tahun lalu.
“Waktu mula-mula bekerja di sini pada 2005, ada juga suara-suara nakal rakan memperlekehkan saya kerana sanggup berubah dari hidup glamor kepada tugas kutip sampah di dalam longkang.
“Namun, saya tidak kisah kerana itulah realiti dunia ibarat roda yang bukan selamanya kita berada di atas,” katanya ketika ditemui pemberita di SWM Environment Sdn Bhd, Cheng, di sini hari ini.
Bercerita lanjut Zulkifli berkata, dia meninggalkan kumpulan itu pada 1993 kerana tidak sehaluan selepas menyertai selama dua tahun.
“Kenangan manis saya adalah apabila Olan menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 1991 membawakan lagu Cinta Bandar Tasik Selatan yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini.
“Walaupun semua itu sudah tinggal kenangan, sesekali ada juga saya bermain gitar melepaskan rindu walaupun petikan jari tidak sama selepas diserang penyakit saraf tiga tahun lalu,” katanya.
Tambahnya, walaupun kehidupannya jauh berbeza berbanding lebih 30 tahun lalu, namun gembira dengan kerjayanya sebagai penjaga stor mesin rumput di SWM sehingga dapat menunaikan umrah tahun lalu.
“Kalau dulu saya terkenal dengan petikan gitar, tapi hari ini, saya lebih gembira dapat ‘membelai’ mesin rumput kerana mempunyai gaji tetap dan menjamin simpanan di hari tua.
“Biarlah apa orang hendak kata saya bekerja di syarikat yang menguruskan sampah, asalkan itu lebih menggembirakan saya,” katanya – MalaysiaGazette
Di mana ada kemahuan, Insha-Allah akan ditunjukkan jalan. Tidak perlu melayan orang orang yang memandang sinis dengan apa yang kita kerja kan. Yang penting ia Halal dan menjamini masa depan. Ameen.
Syabas di atas kecekalan hari anda.
sungguh xterkata dengan kecekalan pendirian abg zul olan..walau dahulu pernah berada Di kemuncak..namun abg zul cekal hati ..husnuzon dengan pemberian nikmat Allah…..dari situ Allah hadir Kan diri abg jejak ke Rumah Allah…menunaikan umrah..xsemudah itu utk Kita menjadi tetamu Allah…..pedulikan yg menghukum Kita dengan sinis walau ape pun perkerjaan Kita itu halal disisi agama Islam bang zul ….sungguh sy menjadi Kan kecekalan abg sebagai pedoman hidup sy…abg sebagai contoh utk semua…yg mana down Tu……ingat abg pun dh berjaya…sy doakan abg zul Terus berjaya dn diberikan kesihatan yg baik amin
orang melayu kena reset mentality
jgn asik nak makan gaji dgn gomen atau toke cina
usaha sendiri baru kaum lain respect dgn kita
bàgi yg diberi oeluang sebegitu ya indah bagai ana yg mempunyai hasrat tapi tak berdaya. semata mata nk kaumnlain respect kita sanggup makan batu??
Tahniah kerana berjaya keluar drpd dunia glmour..Dan terima kasih kerana mewarnai zaman remaja kami semuanya…sentuhan gitar tu mmg paduuuu