Anggota bomba membantu seorang warga emas selepas terselamat dalam kebakaran rumah dan kereta milik mereka di Jalan Masjid, Kampung Banting, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Seorang warga emas dan anak lelakinya tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman dan kereta milik mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Jalan Masjid, Kampung Banting di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, insiden itu menyebabkan rumah tersebut 70 peratus rumah musnah dalam kebakaran itu.

“Bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 2.10 petang.

“Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti model dan nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sepasukan 14 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dan Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ahmad Mukhlis berkata, hasil siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari bahagian dapur dan api berjaya dikawal kira-kira satu jam 14 minit dan padam sepenuhnya pukul 2.33 petang.

“Kejadian itu disedari anak tuan rumah dan insiden itu membabitkan kemalangan jiwa.

“Ketika kejadian, hanya ibu yang berusia 67 tahun dan anak lelaki (13 tahun berada di dalam rumah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast