KUALA LUMPUR – Toh Puan Naimah Khalid yang merupakan isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok.
Media difahamkan beliau akan didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana gagal isytihar harta.
Namun demikian, setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan namun terdapat nama beliau dalam carian kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi esok.
Setakat ini masih tidak jelas pertuduhan yang akan dikenakan terhadapnya.
Artikel berkaitan:
- Anak, isteri Tun Daim dijangka hadir SPRM pagi ini
- Kami dipanggil SPRM bukti Tun Daim dianiaya – Isteri
Pada minggu lalu, Na’imah yang muncul di khalayak ramai mendakwa suaminya, Tun Daim Zainuddin dianiyai kerana memiliki kekayaan luar biasa.
Kata beliau, keluarganya tidak pernah merahsiakan aset di luar negara yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan sebelum Daim terlibat dalam politik.
SPRM sedang menyiasat bekas Menteri Kewangan itu berikutan kebocoran rekod kewangan antarabangsa yang dikenali sebagai Kertas Pandora.
Selain Daim, turut disiasat ıalah isteri dan anak-anaknya. -MalaysiaGazette