Lapan daripada 21 askar Israel yang maut.

BAITULMUQADIS – Seramai 21 anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) maut di Gaza selepas dua bangun runtuh menghempap mereka.

Jurucakap IDF Laksamana Muda Daniel Hagari berkata seramai 21 askar terbunuh di tengah Gaza berhampiran dengan komuniti sempadan Kissufim.

Dia berkata, tentera beroperasi di kawasan sekitar 600 meter dari sempadan, memusnahkan struktur dan tapak Hamas sebagai sebahagian daripada usaha mewujudkan zon penampan untuk membolehkan penduduk komuniti sempadan Israel pulang ke rumah mereka.

“Setakat yang kita tahu, kira-kira jam 4 petang, RPG telah dilepaskan oleh pejuang Palestin ke arah kereta kebal yang mengawal pasukan, dan serentak, letupan berlaku di dua bangunan dua tingkat,” katanya.

Hagari berkata, letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh bom yang ditanam oleh tentera untuk merobohkan bangunan tetapi punca letupan masih dalam siasatan.

Selama beberapa jam pasukan penyelamat bekerja untuk mengeluarkan mangsa dari bangunan yang runtuh.

Berikut nama sebahagian tentera yang maut seperti yang dilaporkan oleh The Times of Israel.

Sgt. Mej. (res.) Matan Lazar, 32, dari Batalion 6261 Briged ke-261, dari Haifa.

Sgt. Kelas Pertama (res.) Hadar Kapeluk, 23, komander skuad dalam Batalion 8208 Briged ke-261, dari Mevo Beitar

Sgt. Mej. (res.) Sergey Gontmaher, 37, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Ramat Gan.

Sgt. Kelas Pertama (res.) Elkana Yehuda Sfez, 25, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Kiryat Arba.

Sgt. Kelas Pertama (res.) Yoval Lopez, 27, dari Batalion 9206 Briged ke-205, dari Alon Shvut.

Sgt. (res.) Yoav Levi, 29, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Yehud-Monosson.

Sgt. Kelas Pertama (res.) Nicholas Berger, 22, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Baitulmaqdis.

Sgt. Kelas Pertama (res.) Cydrick Garin, 23, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Tel Aviv.

Sgt. Mej. (res.) Rafael Elias Mosheyoff, 33, dari Batalion 6261 Briged ke-261, dari Pardes Hanna-Karkur.

Sgt. Mej. (res.) Barak Haim Ben Valid, 33, komander skuad dalam Batalion 6261 Briged ke-261, dari Rishon Lezion.

Sgt. Kelas Pertama (res.) Ahmad Abu Latif, 26, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Rahat.

Cpt. (res.) Nir Binyamin, 29, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Givatayim.

Sgt. (res.) Elkana Vizel, 35, seorang komander skuad dalam Batalion 8208 Briged ke-261, dari Bnei Dekalim.

Sgt. Kelas Pertama (res.) Israel Socol, 24, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Karnei Shomron.

Kpt. (res.) Ariel Mordechay Wollfstal, 28, dari Batalion 9206 Briged ke-20, dari Elazar.

Sgt. Kelas Pertama (res.) Sagi Idan, 24, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Rosh Haayin.

Sgt. Mej. (res.) Mark Kononovich, 35, dari Batalion 8208 Briged ke-261, dari Herzliya.- Agensi

2 Komen

Comments are closed.