Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA – Pelajar-pelajar lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) digalak supaya terlibat dalam bidang perladangan seperti sebagai pemetik buah kelapa sawit yang boleh diberi gaji tinggi berbanding pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana terdapat 450 ladang kelapa sawit tidak memiliki pekerja yang mana hasilnya terbuang begitu sahaja hingga merugikan negara.

Katanya, kerajaan akan menyediakan kursus tertentu yang mana pelajar boleh menuai hasil itu yang memberikan mereka peluang lebih tinggi dalam bidang perladangan dan pertanian.

“Kita tak lupakan kursus TVET dalam pertanian dan perladangan di mana terdapat pekerja asing yang bekerja dalam bidang ini.

“Majlis TVET negara putuskan latihan kemahiran dilakukan terutama dalam bidang perladangan iaitu mengmbil buah sawit, tidak lagi pekerja asing tapi, pekerja mahir kelas TVET yang diberi taraf harvester (penuai) untuk diberi tahap gaji tinggi berbanding pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara di Kompleks Perdana Putra, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, sebuah badan penarafan tunggal TVET ditubuh tahun ini dan akan dilakukan dengan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Katanya, langkah itu adalah untuk menyesuaikan semua kursus TVET berdasarkan permintaan daripada industri.

Jelas beliau, ia berbeza daripada dahulu yang mana silibus TVET dilakukan mengikut apa yang boleh ditawarkan oleh institusi TVET.

“Jadi, perubahan silibus dilakukan berdasarkan permintaan pemain industri.

“Ia juga bagi mengelakkan ketidakjajaran tentang kursus tidak sesuai berdasarkan keperluan industri. Kita khusus kursus teknologi tinggi, AI (kecerdasan buatan), ICT libatkan teknologi futuristik termasuk EV, yang dinaik taraf ke REV, tahap lebih tinggi daripada teknologi sekarang,” tambahnya.

Katanya, kerajan turut berusaha agar kelulusan lepasan TVET dapat diterima oleh Lembaga Teknologi Malaysia yang mana ia akan memberi nilai tambah kepada lepasan TVET untuk diiktraf sebagai ahli teknologi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast