Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Sokongan terbaharu Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukti kerajaan sekarang berada di landasan yang betul.

Jurucakap kerajaan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, sokongan uang dizahirkan Zulkafperi hari ini juga membuktikan ramai pihak percaya kepada Kerajaan Perpaduan.

Beliau menyambut baik keputusan Zulkafperi itu namun menegaskan kerajaan langsung tiada niat untuk menarik sokongan mana-mana ahli Parlimen.

“Apa yang disebut Bukit Gantang (Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) mungkin ada kebenarannya tapi kita tunggu. Beliau ada sebut tujuh, lapan orang, hari ini satu (ahli Parlimen).

“Tapi yang penting buat kerajaan, dalam keadaan kita stabil tahun lepas, kita berjaya mengumumkan lima dasar penting. Tahun ini adalah pelaksanaan kepada semua dasar tersebut.

“Saya terima baik pengumuman itu tapi yang penting adalah kita perlu membuktikan kepada rakyat, kerajaan ini mampu selesaikan masalah. Ini yang perlu kita buat,” ujarnya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Beliau beralasan sokongan itu dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.

Zulkafperi menjadi Ahli Parlimen keenam dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengatakan sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat PN kelima daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahli Parlimen Tanjung Karang sokong PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast