KUALA LUMPUR – Hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu sehingga esok, Jumaat, 26 Januari 2024.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
Manakala amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam dan amaran hujan berterusan (waspada) apabila tanda-tanda menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – MalaysiaGazette