BENTONG – Seorang pemandu kereta Volvo ditemui meninggal dunia dalam keadaan enjin masih hidup di Kilometer (KM) 88 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, kenderaan mangsa itu ditemui tersekat pada pembahagi jalan.
Mangsa ditemui di dalam kereta yang masih dalam gear D, dekat Kampung Benut menghala ke Kuala Lumpur Dalam kejadian 6.27 petang tadi
“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian,” kata hari ini.
“Anggota terlibat terpaksa memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan mangsa.
“Sebaik sahaja pintu berjaya dibuka, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pemeriksaan ke atas mangsa dan didapati telah meninggal dunia,” ujarnya.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette