Lebih 120 selebriti akan menyertai Absolute Bazaar X Gaya Raya 2024 (ABXGR24) tahun ini.

KUALA LUMPUR – Buat tahun ketiga, satu festival raya terbesar dikenali Absolute Bazaar X Gaya Raya 2024 (ABXGR24) menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta pada Ramadan ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Penganjur bersama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hemma Candy berkata, festival yang akan berlangsung selama 66 jam tanpa henti itu sepanjang empat hari yang bermula 29 Mac ini hingga 1 April depan.

Beliau berkata, pihaknya turut menetapkan sasaran dua juta pengunjung selepas seramai 1.6 juta pengunjung hadir memeriahkan festival itu tahun lalu bagi menikmati pengalaman membeli belah yang selesa di bawah satu bumbung.

“ABXFGR terus berkembang secara progresif pada kadar 25 peratus setiap tahun dan p encapaian ini memberikan peluang yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan kecil terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana.

“Dengan kepesatan peningkatan seperti ini, ABXFGR menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka serta membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas,” katanya pada pelancaran festival itu baru-baru ini.

Turut hadir, penganjur bersama yang juga Pengarah Absolut Event & Management Sdn. Bhd., Ben Ali.

ABXGR24 dianjurkan bersama oleh My Events International dan Absolut Event & Management.

Mengulas lanjut, Hemma menambah, penganjuran tahun ini menyediakan lebih 900 tapak jualan dan membawakan lebih 120 selebriti dengan persembahan dan promosi seperti cabutan bertuah sepanjang acara berlangsung.

Pada masa sama, katanya, antara tarikan utama adalah mini Absolut FoodFest yang dianggarkan melebihi 80 vendor yang akan menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa atau bersahur menjadikan menjadikan ABxFGR24 sebagai destinasi ideal membeli-belah menjelang Syawal.

“Sebagai tambahan, kami turut untuk mengadakan ABxFGR24 di Johor seminggu sebelum acara di Kuala Lumpur.

“Ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk turut menyertai dan menikmatikegembiraan festival ini. Festival raya di Johor ini akan berlangsung pada 22 hingga 24 Mac ini di Persada Johor,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast