Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf bercakap semasa mengadakan Sidang Media mengenai situasi semasa Jenayah Komersial di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 26 JANUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyelewengan minyak diesel Petronas berjaya dipatahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Ops Khas di Sabah dan Sarawak pada 9 hingga 11 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, susulan itu seramai sembilan individu yang berusia 32 hingga 61 tahun telah ditahan.

Terdahulu, pihaknya melaksanakan Op Khas 1/2024 yang dijalankan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Papar, Kota Marudu di Sabah serta Miri, Sarawak.

“Kesemua sembilan individu yang ditahan melibatkan kapten kapal, jurutera perkapalan, anak kapal, agen penjual dan pembeli minyak turut dirampas sejumlah telefon bimbit pelbagai jenama.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, kegiatan penyelewengan minyak diesel ini telah berlaku pada awal tahun 2023.

“Dalam kes ini, sebuah kapal marin yang beroperasi dengan pihak Petronas dikesan telah melakukan penjualan minyak diesel milik Petronas tanpa kebenaran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beirkutan itu, pada 17 Januari lalu, salah seorang suspek merupakan kapten telah didakwa di Mahkamah Sekstyen 3, Kota Kinabalu, Sabah dan dituduh di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek yang berusia 60 tahun mengaku salah dan dihukum penjara selama 18 bulan manakala lapan lagi individu telah dibebaskan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast