logo banjir
Gambar hiasan

KUANTAN – Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 551 orang sehingga tengah hari ini berbanding 468 orang pada pagi tadi.

Laporan terkini kejadian banjir oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang memaklumkan tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baru dibuka  hari ini menjadikan kesemuanya empat PPS beroperasi sehingga kini.

”Seramai 551 mangsa banjir dari 224 keluarga telah ditempatkan di empat buah PPS di Pahang melibatkan daerah Rompin dan Kuantan.

”Dua PPS baru dibuka di Kuantan membabitkan Dewan Orang Ramai Kampung Gelugor dan Bengkel Jahitan KEMAS berjumlah 74 orang.

”Manakala sebuah PPS di Rompin mula dibuka hari ini di Dewan Orang Ramai Bukit Ibam menempatkan sembilan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing yang dibuka sejak 24 Januari lalu juga menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir. – MalaysiaGazette