Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan reman seminggu bermula hari ini dipercayai mendera bayi lelaki berusia setahun enam bulan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan dan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera.

“Mangsa yang juga anak saudara suspek mengalami lebam serta kecederaan pada beberapa organ dalaman.

“Kecederaan dialami mangsa disebabkan objek tumpul,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Terdahulu mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya yang berusia 20-an.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit dihantar ke rumah suspek setiap kali ibu bapanya ke tempat kerja dan dijaga oleh pasangan suami isteri itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast