KUALA LUMPUR – Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid perlu dibuat tanpa melakukan sebarang bentuk pemotongan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, pihak sekolah perlu mematuhi semua garis panduan berkaitan pelaksanaan BAP tersebut.
“BAP bernilai RM150 bagi setiap murid dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga.
“Penyaluran BAP dilakukan melalui sekolah secara kredit ke akaun murid atau secara tunai,” katanya.
Menurut KPM lagi, pihaknya prihatin terhadap beberapa aduan yang diterima mengenai penyaluran peruntukan BAP kepada murid.
Katanya, sebarang pertanyaan atau aduan mengenai penyaluran BAP boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM. – MalaysiaGazette
Sya pun sm.. Kene potong duit keceriaan rm20… Hee+eh.. Nk xnak kena bayar jugk tolak duit bap..
Nasib pibg sy dh bayar… Klw x.. Tolak semua berhutang lagi sy sm cikgu… Pibg sekola menengah mahal.. Xthu dorg nk buat ape utk pibg… Kesian pd yg ssh…