KUALA LUMPUR – Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih Bursa Malaysia, menyumbang kepada aliran masuk asing bersih sebanyak RM267.7 juta.

Dagangan minggu lalu pendek susulan cuti Thaipusam pada hari Khamis.

MIDF Research, pelabur asing hanya melupuskan RM66.6 juta ekuiti tempatan pada hari Selasa dan menjadi pembeli bersih sepanjang minggu lalu.

Seperti yang dijangkakan, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pertamanya pada 2024 pada 3.00%.

“Kami menjangkakan Bank Pusat akan kekal status quo pada pendirian dasar monetarinya sepanjang 2024, untuk memastikan momentum pertumbuhan yang mampan untuk ekonomi Malaysia

Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM112.2 juta), utiliti (RM97.3 juta), dan hartanah (RM86.6 juta).

Manakala tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah produk & perkhidmatan pengguna (-RM39.6 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (-RM38.0 juta) dan penjagaan kesihatan (-RM21.2 juta).

Sementara itu, pelabur institusi bertukar menjadi penjual bersih untuk minggu lalu dengan melupuskan ekuiti sebanyak RM167.1 juta.

Mereka hanya membeli bersih RM21.0 juta pada hari Selasa tetapi menjadi penjual bersih untuk sepanjang minggu.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur institusi pula membuat jualan bersih sebanyak RM100.6 juta minggu lepas.

Ini adalah minggu keempat berturut-turut membuat jualan bersih.

Seperti pelabur institusi, pelabur runcit hanya membuat belian bersih pada hari Selasa sebanyak RM45.6 juta.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing sebanyak +3.3% dan +2.5% manakala peruncit tempatan mencatatkan penurunan sebanyak –14.6%. – MalaysiaGazette