Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membaca doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk menjawab kertas soalan Bahasa Melayu pada hari pertama SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Seramai 395,870 calon Sijil Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan menduduki peperiksaan bertulis mulai hari ini.

Mereka akan menduduki kertas Bahasa Melayu Kertas 1 pada jam 8.15 pagi.

Peperiksaan SPM 2023 akan dijalankan sehingga 7 Mac ini.

Sebanyak 129,636 orang petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengendalian peperiksaan di 3,340 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon-calon SPM 2023 sudah selesai menjalankan ujian bertutur Bahasa Melayu yang diadakan pada 8 hingga 11 Januari manakala Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Januari lalu.

Ujian mendengar Bahasa Melayu dan Inggeris pula sudah dilaksanakan pada 29 Januari, baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast