Pelajar IPTA antara enam wanita diheret ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi hari ini menghadapi pertuduhan memiliki video intim berkaitan lelaki bernama Hot Daddy yang menjual rakaman hubungan intimnya dengan beberapa wanita di media sosial.

KUALA LUMPUR – Enam wanita yang ditahan berkaitan kes seorang lelaki dikenali Hot Daddy, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, yang merakam dan menjual videonya melakukan hubungan intim dengan 20 wanita di media sosial telah didakwa di lima Mahkamah Majistret secara berasingan di sini hari ini.

Mereka didakwa atas pertuduhan memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti masing-masing.

Bagaimanapun, empat daripadanya termasuk seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijatuhkan hukuman denda antara RM2,500 hingga RM4,800 apabila mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan mereka dibacakan oleh jurubahasa.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu ke atas penganggur, Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22 dan pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad, 26, yang didenda RM3,000.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim pula menjatuhkan denda ke atas eksekutif pemasaran, Adila Hanum Khairuddin, 36, sebanyak RM2,500 dan akhirnya Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman denda RM4,800 ke atas penuntut IPTA Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22, yang juga seorang anak yatim dan kehilangan bapanya baru-baru ini.

Pelajar IPTA antara enam wanita diheret ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi hari ini menghadapi pertuduhan memiliki video intim berkaitan lelaki bernama Hot Daddy yang menjual rakaman hubungan intimnya dengan beberapa wanita di media sosial.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara antara satu hingga enam bulan sekiranya gagal membayar denda masing-masing.

Terdahulu kesemua enam wanita itu telah dibawa dengan kawalan ketat dan tangan bergari serta mukanya ditutup dengan menaiki lori polis sekitar pukul 11.15 pagi tadi ke lobi utama Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Mengikut fakta pertuduhan, wanita-wanita itu didakwa memiliki video lucah itu bagi maksud menunjukkannya secara awam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pukul 5 petang pada 30 Januari lalu.

Kesemua suspek dituduh di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pelajar IPTA antara enam wanita diheret ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi hari ini menghadapi pertuduhan memiliki video intim berkaitan lelaki bernama Hot Daddy yang menjual rakaman hubungan intimnya dengan beberapa wanita di media sosial.

Kes pendakwaan berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiezah Mohamed Fauzim Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, Zuhairi Osman, Sheryn Yong Shi Yee dan Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.

Manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Aisyah Rahim dan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nicholas Cheoh dan Ernie Ahmad.

Dalam pada itu, dua lagi wanita tertuduh iaitu akauntan, Norfatihah Ramle, 30, dan penuntut kolej swasta, Felecia Lisa Nandong, 21, pula mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama selepas kertas pertuduhan mereka dibacakan hadapan Majistret S.Arunjothy dan Nurul Izzah Shaharuddin.

Pelajar IPTA antara enam wanita diheret ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi hari ini menghadapi pertuduhan memiliki video intim berkaitan lelaki bernama Hot Daddy yang menjual rakaman hubungan intimnya dengan beberapa wanita di media sosial.

Kedua-dua wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi sama dan turut dituduh di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiezah Mohamed Fauzi manakala dua tertuduh itu diwakili peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie dan Zamier Abu Bakar.

Mahkamah kemudian membenarkan Norfatihah bebas dengan wang jaminan RM3,000 sementara Felecia Lisa dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu mahkamah turut menetapkan 12 dan 26 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Hot daddy’ mengaku tidak bersalah buat iklan khidmat sundal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast