Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang lelaki mengalami kerugian lebih setengah juta dalam tempoh 10 hari setelah menjadi mangsa setelah terpedaya dengan Skim Pelaburan JTFSE di Bentong.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 39 tahun terjerat dengan skim pelaburan tidak wujud itu telah dijanjikan keuntungan 15 peratus melalui laman sosial Facebook.

“Mangsa telah berminat untuk menyertai satu Skim Pelaburan Saham yang dijanjikan keuntungan 15 peratus melalui laman sosial Facebook pada 31 Disember lalu.

“Lelaki itu telah membuat pendaftaran melalui laman web JTFSE yang merupakan platform saham bagi tujuan pelaburan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Yahaya, pada peringkat awal, mangsa telah berjaya mengeluarkan wang keuntungan sebanyak RM1,000 dengan melabur sejumlah RM50,000.

Jelasnya, dalam tempoh 25 Januari hingga 3 Februari 2024, mangsa telah memindahkan wang dengan melakukan 15 transaksi ke dalam empat akaun berbeza bernilai  RM521,000.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah gagal mengeluarkan keuntungan berjumlah RM1,767,258.00 melalui laman web JTFSE tersebut.

“Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa dan wang pinjaman daripada ahli keluarganya,” katanya.

Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan. – MalaysiaGazatte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast