Siti Rohani menyampaikan sijil penghargaan kepada pengamal media Johor, Khairul Mohd Ali di Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Johor Tahun 2024 di Ibu Pejabat JBPM Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Enam daerah di Johor merupakan antara lokasi kebakaran terbuka ketika cuaca panas.

Enam daerah terbabit adalah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Batu Pahat dan Muar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir berkata, pihaknya telah mengambil langkah bersiap sedia bagi berdepan kebakaran terbuka itu.

Siti Rohani ( Tengah )

“Kita sekarang di dalam musim peralihan cuaca daripada hujan ke panas, tetapi monsun timur laut masih belum selesai dijangka sehingga Mac, namun dalam masa sama kita telah terima panggilan berhubung kebakaran terbuka khususnya melibatkan kawasan tanah gambut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siding media selepas majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini,  hari ini.

Menurut Siti Rohani, setakat ini pihaknya telah menerima 18 panggilan melibatkan kebakaran terbuka di kawasan belukar, yang mana majoritinya melibatkan tanah gambut.

Tambah beliau, antara Added:antara 2020 hingga 2023, Batu Pahat merekodkan 57 kes kebakaran tanah gambut diikuti Muar (41 kes), Pontian (40 kes), Tangkak (20 kes), Kluang (15 kes) dan Kota Tinggi (13 kes).

“Ini adalah kes kebakaran tanah gambut berskala besar yang melibatkan kebakaran merebak ke kawasan sekitar sehingga memerlukan tempoh masa lama untuk mengawal dan memadam kebakaran,” ujarnyanya.

Sementara itu, Siti Rohani memberiitahu, pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan untuk mengenal pasti lokasi titik panas dan tindakan penguatkuasaan. – MalaysiaGazette