Lelaki ditahan guna kekerasan terhadap polis dan merusuh di Temerloh Gambar ihsan PDRM Temerloh

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menggunakan kekerasan terhadap polis dan merusuh di KM127 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kes tersebut berikutan kemalangan maut di lokasi tersebut kira-kira jam 6 petang.

Beliau berkata, anggota polis berusia 37 tahun itu berada di lokasi terbabit bagi membantu siasatan kemalangan maut yang melibatkan seorang remaja berusia 20 tahun,.

“Bagaimanapun, anggota terbabit telah didatangi sekumpulan lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menerkam serta menolak anggota di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mazlan, suspek tidak berpuas hati dengan anggota tersebut yang hadir di lokasi yang didakwa tidak memberi bantuan kepada mangsa yang meninggal dunia.

Namun, menurut Mazlan, anggota terbabit telah pun memanggil bantuan pihak ambulan untuk tindakan seterusnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mazlan memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di lokasi sama.

“Mangsa yang dipukul merupakan seorang lelaki berusia 42 tahun yang merupakan pengguna jalan raya semasa kejadian kemalangan maut itu.

“Mangsa memberitahu dipukul lima lelaki tidak dikenali kerana perbuatannya merakam video pasca kemalangan yang turut memaparkan anggota trafik ditolak beberapa kali oleh beberapa lelaki India di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mangsa luka di bahagian kening kanan akibat dipukul, manakala kereta dipandunya iaitu sebuah Proton Saga pecah hampir keseluruhan bahagian iaitu cermin hadapan, pintu hadapan sebelah kiri dan kanan, pintu belakang kiri dan kanan dan cermin belakang.

Mazlan berkata, kes diklasifikasi kan di bawah Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Remaja maut rempuh kereta buat pusingan U di garisan berkembar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast