Sebuah bengkel motosikal musnah dalam kebakaran di Penanti, Pulau Pinang hari ini.

PENANTI – Sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel motosikal di Jalan Arumugam Pillai, Guar Perahu di sini, awal pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran jam 3 pagi kerana bengkel tersebut tidak berpenghuni ketika itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 3.18 pagi.

Katanya, seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dengan bantuan BBP Perai serta Bukit Mertajam bergegas ke lokasi selepas itu.

“Ketika pasukan bomba tiba, api pada bengkel seluas 20 x 30 kaki persegi itu sedang marak dan merebak dengan pantas.

Pihak bomba melakukan kerja-kerja memadamkan api di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati kebakaran turut membabitkan 23 buah motosikal serta sebuah ATV dalam bengkel tersebut.

“Anggaran kemusnahan bengkel itu adalah 70 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah PGO, punca dan jumlah sebenar kerugian kini sedang dikenal pasti.

Operasi tamat sepenuhnya jam 5.50 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast