Foto Facebook Nasi Kandar Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang terus mencuri perhatian netizen apabila seorang pelanggannya sanggup membayar RM222 hanya bagi satu hidangan.

Menerusi pecahan dan harga yang dikongsi menerusi satu hantaran sebuah restoran nasi kandar berkata, lelaki tersebut memesan 16 ekor sotong dan 10 ekor udang – masing-masing berharga RM7.50 seekor.

Menu lain yang dipesan adalah ayam goreng dua ketul, seketul RM5.50, telur sotong RM7, bendi RM1, nasi RM1 dan kari kambing RM7 di mana harga kesemuanya bernilai RM222.

“Pecah rekod RM222. All time biggest record ever. Fuhh orang Penang lagi. Seorang makan semua ini. Amat-amat dasyhat. Kita tak paksa apa-apa dan kita bukan panggil dia makan. Dia sendiri mai makan dan buat rekod. Memang padu,” tulisnya.

Jelas hantaran tersebut lagi, lelaki tersebut berjaya menghabiskan hidangannya itu dalam tempoh 55 minit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast