KUALA LUMPUR – Sebuah bengkel di Jalan Miri, Taman Beringin, Jinjang dekat sini dengan masing-masing empat kereta dan motosikal serta sebuah lori terbakar awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, seramai 25 anggota bomba dari Jinjang dna Manjalara digerakkan sebaik sahaja menerima ima panggilan kecemasan pada jam 5.20 pagi.
Menurutnya, kebakaran itu melibatkan 90 peratus kemusnahan.
Tiada mangsa yang terlibat.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.48 pagi.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette