Nooa Laine

KUALA LUMPUR – Pemain muda negara, Nooa Laine akan beraksi dalam Liga Super musim depan untuk menyertai Selangor FC.

Pengumuman pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia itu dibuat di Facebook Gergasi Merah, di sini, hari ini apabila dia dipinjamkan selama setahun dari kelab Liga Finland, SJK Seinajoki.

Nooa dilahirkan di Finland dan memulakan kerjayanya pada 2018 di JJK Jyvaskylaa.

Dia berusia 16 tahun ketika membuat penampilan sulung profesionalnya bermain di Ykkonen dalam liga divisyen dua di negara itu.

Dia kemudian berpindah ke Klubi 04, iaitu sebuah pasukan pembangunan di bawah HJK Helsinki pada 2019 dan 2020, di mana dia menjaringkan lima gol dalam 26 penampilan untuk kelab tersebut.

Nooa menjaringkan empat gol dalam 64 perlawanan bermain di Veikkausliiga dalam liga divisyen satu di Finland selama tiga musim antara 2021 hingga 2023.

Sementara itu, khidmat Nooa, 21, di posisi pemain tengah bagi menggantikan Brendan Gan yang memutuskan untuk meninggalkan Selangor selepas empat musim bersama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast