Bensir Begam Ahmad Basheer.

KUALA LUMPUR  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes Ops Taufan yang melibatkan Aman Palestin.

Menurut kenyataan SPRM, wanita itu dikenali sebagai Bensir Begam Ahmad Basheer, berusia 42.

Alamat terakhir individu ini adalah di No 42A Jalan Seri Damai 1, Taman Seri Damai, 43000 Kajang, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut
diminta menghubungi pegawai penyiasat Ps Salvinder Singh Amrik Singh di talian 013-2553131 atau email kepada [email protected]. – MalaysiaGazette