unku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada anakanda baginda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas kemenangan sulung dalam perlumbaan siri Asian Le Mans di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin.

Tunku Abdul Rahman bersama pasukan Triple Eight mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans itu yang berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi.

“Ingat pesanan Bah, setiap kali sebelum memulakan perlumbaan, dirikan solat hajat dan berdoa memohon agar sentiasa dilindungi dan selamat sepanjang perlumbaan,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Titah Sultan Ibrahim berkenaan dimuat naik melalui Facebook rasmi baginda.

Tunku Abdul Rahman bergandingan bersama Luca Stolz dan Jordan Love mempamerkan pemanduan cekap sepanjang empat jam perlumbaan, sekali gus merangkul kemenangan manis buat pasukan itu yang menyertai siri berkenaan buat kali pertama.

Berangkat menyaksikan perlumbaan itu ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Pasukan Triple Eight dijadual meneruskan perlumbaan kelima mereka di Abu Dhabi, semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast