Takahiro Kunimoto. Foto Instagram Liaoning Iron Man.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Takahiro Kunimoto melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen dua China, Liaoning Iron Man.

Pemain kelahiran Jepun itu dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim lalu namun gagal mencipta impak yang diharapkan.

Dia juga hanya beraksi dalam beberapa perlawanan dan sebahagian besarnya sebagai pemain gantian dan menjadi pilihan kedua di belakang pemain import, Juan Muniz.

Menerusi pengumuman oleh Johor Southern TigersKunimoto antara pemain import yang dilepaskan oleh skuad Harimau Selatan selepas Diogo, Leandro Velazquez dan juga Oscar Arribas.

Sementara itu, China, Liaoning Iron Man di media sosialnya mengumumkan pemain itu bakal memperkuatkan pasukan itu bagi musim 2024/25.

Difahamkan dia menyertai kelab tersebut menerusi perpindahan percuma dari JDT. – Agensi