Anggota bomba memadamkan api pada kereta yang terbakar di Jalan Bakau Chondong, pagi tadi.

BATU PAHAT – Seorang  wanita cedera, manakala rakan dan seorang lagi kanak-kanak terselamat setelah kereta yang dinaiki mereka naiki mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Bakau Chondong, jam 11.31 pagi tadi..

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Nur Eddy Paiman berkata, sejurus menerima maklumat, pasukan bomba dengan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram telah dihantar ke lokasi.

“Sebaik tiba ke lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai Matrix telah terbakar 80 peratus.

“Terdapat tiga mangsa telah keluar sebelum PKO tiba. Seorang mangsa perempuan berusia 35 tahun melecur pada kaki kiri manakala seorang lagi wanita dan anak perempuannya berusia dia tahun tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dalam kenyataan media mengesahkan kejadian itu.

Jelas beliau, mangsa dan kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan. – MalaysiaGazette