KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kematian direkodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam yang dilaksanakan di seluruh negara sempena Tahun Baru Cina 2024.
Op Selamat bermula pada 8 hingga 13 Februari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, sebanyak 1,203 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara.
Jumlah itu melibatkan 1,480 kenderaan.
Menurutnya, jalan persekutuan mencatatkan kes maut tertinggi iaitu lima kes atau 36%, lebuh raya (2 atau 14%)), jalan bandaran (1 atau 7%) dan lain-lain jalan dua atau 14%.
“JSPT menyeru semua pengguna jalan raya sentiasa berhemah dan fokus kepada pemanduan terutama penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan terutama kes maut,” katanya dalam kenyataan di sini.