Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang kerani sebuah syarikat di Cameron Highlands kerugian sebanyak RM85,000 gara-gara terpedaya dengan skim pinjaman wang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa merupakan seorang wanita terjebat dengan skim itu selepas melihat satu iklan di laman Facebokk pada 17 Januari lalu.

“Mangsa kemudian berminat untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM10,000 tertarik dengan iklan berkenaan.

“Wanita itu diminta untuk menyerahkan maklumat peribadi  seperti slip gaji, salinan kad pengenalan, penyata KWSP dan penyata bank bagi tujuan proses pinjaman wang.

“Suspek juga mengarahkan mangsa membuat bayaran setem duti, aktif akaun, deposit bayaran balik dan CTOS berjumlah RM85,0000 ke tujuh akaun bank berbeza dengan 34 kali transaksi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Yahaya, transaksi dibuat dalam tempoh tiga minggu mulai tarikh berkenalan dan semua kerugian adalah daripada wang simpanan mangsa dan pinjaman daripada rakannya. – MalaysiaGazette